Rakyat perlu terus sokong Kerajaan BN, kata Muhyiddin

tpm

20 Okt, Kota Tinggi - Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat perlu meneruskan sokongan mereka terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional agar usaha memajukan negara ini dan menjadikan mereka sebagai bangsa yang berjaya, tercapai.

“Kerajaan komited dalam usaha membela nasib rakyat pelbagai lapisan di negara ini dan ini dapat dibuktikan melalui Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini,” katanya pada majlis bersama pemimpin di Kampung Felda Sungai Mas, Pengerang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said, dan kepimpinan UMNO Bahagian serta para penduduk setempat. Majlis yang diadakan di dewan orang ramai itu telah dibanjiri hampir 5,000 orang penduduk yang begitu bersemangat mendengar amanat yang disampaikan oleh TPM.

Majlis anjuran UMNO bahagian itu, turut mendapat kerjasama dari pejabat parlimen, Felda Wilayah serta JKKK. Pengerang di lihat begitu sinonim dengan Muhyiddin kerana kewujudan Desaru adalah merupakan ilham beliau sebagai salah satu destinasi pelancongan ketika menjawat jawatan menteri besar Johor suatu ketika dahulu.

Semasa majlis tersebut, Muhyiddin sempat meluangkan masa untuk merasmikan Van Khidmat Bergerak Parlimen Pengerang, Bangunan Rela serta dewan orang ramai sungai Mas.

Ketika ucapan perasmian, Muhyiddin turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pembinaan bangunan UMNO Bahagian Pengerang yang sedang di dalam proses pembinaan.

Azalina ketika ditemui, mengucapkan terima kasih kepada TPM diatas kesudian beliau menghadirkan diri ke Pengerang walaupun dipenuhi dengan jadual yang ketat.

Share This Post

    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1